KUALA LUMPUR: Seramai 25,398,734 individu atau 77.8 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Isnin.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25,850,878 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,689,471 individu atau 96.9 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, 98.3 peratus atau 23,028,508 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,709,263 individu atau 86.1 peratus telah melengkapkan dua dos.

Data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 135,914 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,517,981 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.