SERAMAI 6.28 juta individu atau 19.3 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Pada Jumaat, terdapat pertambahan 174,820 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.6 juta populasi keseluruhan atau 78.4 peratus lengkap divaksinasi.

Manakala, 25.9 juta individu atau 79.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.85 juta individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 98.8 peratus atau 23.15 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.75 juta individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 182,020 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 57.7 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.