awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa pantau tanah runtuh di Puchong

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
26/01/2013
01:31 MYT
Pihak berkuasa pantau tanah runtuh di Puchong
Pihak berkuasa akan terus memantau pergerakan tanah di sekitar kawasan tanah runtuh di Taman Tenaga, Puchong, dekat sini.
Ia bagi memastikan kediaman penduduk terlibat selamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, pihaknya akan menghubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menentukan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada penduduk taman itu.
"Kita khuatir kejadian tanah runtuh itu akan berulang memandangkan musim hujan sekarang," katanya semasa ditemui di tempat kejadian, pada Jumaat malam.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, sebatang pokok di lereng bukit di taman perumahan itu tumbang selepas tanah runtuh.
Pokok itu jatuh ke halaman rumah seorang penduduk. Penghuni rumah itu tiada di rumah semasa kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong, Jafri Amat memberitahu, pihaknya sudah membuka pondok pemantauan di kawasan berkenaan.
Ia menempatkan beberapa pegawai bomba yang akan memantau perkembangan semasa serta memastikan saluran maklumat terbaru kepada penduduk.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd. Satim Diman
#Pantau
#Puchong
#Selangor
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan