awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak lindungi PATI berdepan hukuman berat - Imigresen

Bernama
Bernama
23/07/2021
20:42 MYT
Pihak lindungi PATI berdepan hukuman berat - Imigresen
Seramai 155,124 pendatang tanpa izin telah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), majikan atau individu yang melindungi dan mengambil pendatang asing tanpa izin bekerja tanpa dokumen dan pas yang sah, boleh dikenakan tindakan berat termasuk hukuman denda sehingga RM50,000.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 juga memperuntukkan, individu atau organisasi yang melindungi lebih daripada lima pendatang tanpa izin, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali.
"Sejak 2019 hingga 2021, seramai 979 individu telah dikenakan tindakan undang-undang kerana melindungi pendatang tanpa izin," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya bagi majikan yang menggaji pendatang tanpa izin pula boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali, bagi setiap orang pekerja yang diambil.
Sehubungan itu beliau menasihati majikan atau individu yang mengambil pendatang tanpa izin untuk bekerja, supaya segera mendaftarkan mereka dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau Rekalibrasi Pulang yang dilanjutkan sehingga 31 Dis ini.
"Setakat Khamis, seramai 155,124 pendatang tanpa izin telah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 102,592 pendatang tanpa izin telah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Pulang," katanya.
Menurutnya pendatang tanpa izin yang mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja akan dipertimbangkan untuk diberi vaksin COVID-19 bersama warga asing lain yang tinggal di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#warga asing
#Imigresen
#penjara
#sebatan
#lindungi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan