awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak terlibat pengurusan jenazah COVID-19 perlu berdaftar dengan MAIK

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/08/2021
09:27 MYT
Pihak terlibat pengurusan jenazah COVID-19 perlu berdaftar dengan MAIK
Jurumandi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan kini perlu berdaftar dengan MAIK.- Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jurumandi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan kini perlu berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, (MAIK).
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, ia susulan dakwaan caj tayamum yang mahal dikatakan masih berlaku di beberapa buah hospital di negeri itu.
Kata Dr Zaini, pendaftaran itu diperlukan kerana hanya mereka yang berdaftar dengan MAIK akan dibayar oleh kerajaan negeri manakala keluarga atau waris berhak memilih pengurusan jenazah yang mereka inginkan tanpa ada campur tangan mana-mana pihak.
“Tidak ada golongan yang ambil kesempatan, harga itu MAIK yang tentukan, mengambil kira semua perkara.
“(Keluarga) boleh pilih dengan senarai yang ada pada MAIK. Team mana yang mereka hendak, kenal. Pertama, team itu kena berdaftar dengan MAIK. Kita buat keputusan mudah, NGO mana pun berdaftar dengan MAIK, lepas buat kerja itu boleh buat tuntutan kepada MAIK RM1,500 itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jenazah COVID-19 | Masih ada pihak kenakan caj tayamum melampau
Beliau mengulas laporan hari ini yang mendakwa masih berlaku caj tayamum antara RM1,300 hingga RM1,600 dikenakan ke atas waris kematian COVID-19 di beberapa buah hospital di Kelantan.
Perkara itu dimaklumkan oleh sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan proses pengebumian dan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 secara percuma.
Jelas Dr Izani lagi, hanya MAIK yang berhak menetapkan kadar harga tayamum serta senarai nama pengurusan jenazah yang diiktiraf majlis itu.
MAIK sebelum ini menetapkan kadar RM200 bagi proses tayamum jenazah manakala RM350 untuk keranda dan RM150 untuk kain kafan.
Kerajaan negeri juga mengumumkan akan membayar RM1,500 untuk pengurusan jenazah kepada waris kematian akibat COVID-19 membabitkan golongan B40.
Pembayaran berkenaan akan dibuat melalui MAIK kepada pihak pengurusan jenazah.
Topic Berkaitan
#tayamum
#jenazah pesakit COVID-19
#Exco Kelantan
#MAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan