awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PIKAS: 230,090 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama

Dagang News
Dagang News
21/07/2021
10:09 MYT
PIKAS: 230,090 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama
SERAMAI 230,090 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat hari ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, jumlah berkenaan melibatkan 14,933 syarikat yang berdaftar melalui program vaksinasi berkenaan.
"Sebanyak 14,933 syarikat telah berdaftar di dalam #PIKAS dan lebih 230,000 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos pertama vaksin #COVID19," jelas MITI dalam satu ciapan di laman Twitternya, hari ini.
PIKAS merupakan sebuah kolaborasi strategik seumpamanya di antara pihak awam dan swasta yang berfokus untuk mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan pekerja di dalam sektor pembuatan.
Mula dilancarkan pada 16 Jun 2021, program berkenaan mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif untuk pekerja di dalam sektor berkenaan.
Melalui Pikas, kerajaan akan menyediakan vaksin secara percuma manakala pihak swasta akan membiayai dan menguruskan PPV, sekali gus mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan.
Bagi perkembangan vaksinasi di Malaysia, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin meningkat kepada 15.07 juta setakat semalam.
Jumlah berkenaan terdiri daripada 10.3 juta penerima dos pertama dan 4.7 juta yang menerima dos kedua.
Bagi peratusan populasi keseluruhan pula, Malaysia merekodkan populasi divaksinasi sebanyak 31.5% bagi dos pertama dan 14.6% bagi penerima dos kedua.
Artikel asal ini diterbitkan di DagangNews.com oleh penulis Muhammad Arief Che Soh.
Layari kami terus di DagangNews.com dan juga Twitter, Facebook dan Instagram.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta
#PIKAS
#MITI
#vaksin COVID-19
#dos pertama
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan