KUALA LUMPUR: Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 yang bertujuan membantu mempercepat vaksinasi khususnya golongan pekerja akan dilancarkan pada Rabu.
PIKAS yang diumumkan pada 12 Jun, 2021 akan dilancarkan di Selangor dengan disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Rabu, selain Selangor, vaksinasi untuk sektor pembuatan itu juga akan dimulakan di Pulau Pinang dan Johor secara serentak yang akan memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan kritikal.
Subsektor ini penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan, memandangkan mereka adalah sebahagian rantaian bekalan produk dan perkhidmatan yang perlu termasuk untuk menyokong kelancaran fungsi infrastruktur seperti sistem penjagaan kesihatan awam, jelas kementerian itu.
"Program PIKAS dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan daripada persatuan industri, dewan perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu mempercepat vaksinasi bagi rakyat khususnya pekerja, untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat.
"Ini amat penting dalam melindungi pekerja daripada risiko jangkitan COVID-19 kerana keselamatan mereka dapat memastikan ekonomi kembali rancak dan terus berdaya tahan," jelas MITI.
BACA: Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta bermula 16 Jun - MITI
Pada sidang video dengan wakil kesatuan sekerja yang diadakan pada Selasa, Mohamed Azmin memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program itu tidak akan dibebani dengan kos tambahan.
Beliau turut menekankan, dua dos vaksin akan diberi secara percuma dan majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat, menurut MITI.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan kesatuan sekerja lain telah menyatakan sokongan mereka terhadap program PIKAS dan menyambut baik pelaksanaannya untuk memastikan keselamatan pekerja, jelas MITI.
Bagaimanapun, mereka telah menyuarakan keprihatinan terhadap pelaksanaan PIKAS oleh peserta industri, terutama berkaitan kos yang terlibat dalam proses vaksinasi tersebut.
Mohamed Azmin juga memaklumkan kerajaan akan meningkatkan kadar vaksinasi pada Jun, Julai dan Ogos dengan menyasarkan imuniti kelompok dapat dicapai berdasarkan strategi peralihan keluar yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Pada Selasa, Mohamed Azmin memberi jaminan bahawa pekerja yang menyertai program itu tidak akan dibebani dengan kos tambahan.- Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Anwar gesa projek bawah PIKAS 2030 terap prinsip tatakelola tegas, tiada tolak ansur
Anwar mahu projek-projek di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 diterapkan dengan prinsip tatakelola yang tegas dan tidak bertolak ansur.
Proton jangka mengakhiri 2021 lebih mantap, selepas jualan meningkat
Proton Holdings Bhd dijangka mengakhiri 2021 dengan lebih mantap selepas menyaksikan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksportnya mula memulih.
COVID-19: Lebih 98 peratus pekerja sektor pembuatan divaksin menerusi PIKAS - Azmin
PIKAS mencatat prestasi yang amat baik dan membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.
PIKAS: 230,090 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama
Seramai 230,090 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat hari ini.
Vaksin COVID-19: Melaka sasar suntik 14,600 individu sehari menerusi 72 PPV
Kerajaan negeri Melaka mensasarkan mampu memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 14,600 individu sehari.
COVID-19: 130 kakitangan Cement Industries Sabah terima dos pertama
Kira-kira 130 kakitangan Cements Industries (Sabah) Sdn. Bhd. telah mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
52,225 dos vaksin pertama diterima pekerja sektor pembuatan melalui PIKAS - Azmin
52,225 dos vaksin pertama telah diberikan kepada pekerja di dalam sektor pembuatan sejak 24 hari PIKAS dilancarkan.
MITEC dilantik pusat vaksinasi perindustrian di bawah program PIKAS
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.
PIKAS untuk 30,000 pekerja sektor industri di HKTP bermula Sabtu ini
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk 30,000 pekerja sektor industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, akan diadakan di Kompleks Sukan KHTP, bermula Sabtu ini.
PEMULIH: Dana RM150 juta bagi untuk PIKAS, kurangkan tanggungan syarikat - PM Muhyiddin
Kerajaan bersedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja lengkap dua dos vaksin