JEMPOL: Segala peruntukan bagi melaksanakan setiap inisiatif dan bantuan seperti yang diumumkan dalam belanjawan tahun hadapan sudah tersedia untuk direalisasikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sehubungan itu Barisan Nasional (BN) perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, bagi membolehkan segala inisiatif dan bantuan yang terkandung dalam Bajet 2023 dapat dilaksanakan.
"... kena pastikan BN menang (PRU15), kewangan sudah ada dan ready untuk dilaksanakan (segala inisiatif dalam Bajet 2023)," katanya ketika berucap pada Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan di Felda Palong, dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau, merangkap Penyelaras Jelajah AKM Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang terbesar dalam sejarah iaitu berjumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 yang memperuntukan RM332 bilion, manakala Bajet 2021 bernilai RM322 bilion.
Bajet 2023 adalah kedua di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.
Ismail Sabri seterusnya mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan segala janji yang dikemukakan pembangkang dalam manifesto mereka terutama menjelang PRU15.
"Dari segi pengalaman dengan pembangkang, mereka tidak dapat melaksanakan janji mereka, seperti harga minyak turun dan tol dihapuskan. Apabila mereka tidak mampu buat (tepati janji), mereka kata manifesto bukan al-Quran (kitab) yang tak boleh diubah.
"Jadi saya cuma nak mengingatkan, supaya semua tidak lupa janji yang tak ditepati oleh PH (Pakatan Harapan)," katanya.
Menyentuh mengenai kredibiliti Khairy sebagai Menteri Kesihatan, Ismail Sabri berkata sekiranya beliau (Ismail Sabri) masih menjadi Perdana Menteri selepas ini, beliau akan mengekalkan jawatan Khairy sebagai Menteri Kesihatan.
"...(sebab) di Negeri Sembilan, hasil KJ (Khairy Jamaluddin) sebagai Menteri Kesihatan, kerajaan sudah luluskan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek Nilai dengan peruntukan RM600 juta.
"Jika hilang menteri ini (Khairy) akan rugi, sebab apabila dapat kepada orang lain (jadi menteri kesihatan) mungkin projek ini dibatalkan," kata Ismail Sabri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Ismail Sabri mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan segala janji dikemukakan pembangkang dalam manifesto mereka terutama menjelang PRU15. - Gambar fail/ Bernama
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.