awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih Ipoh sebagai lokasi penggambaran, MBI beri penghargaan kepada pelakon India terkenal

Bernama
Bernama
04/06/2023
08:21 MYT
Pilih Ipoh sebagai lokasi penggambaran, MBI beri penghargaan kepada pelakon India terkenal
MBI memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih Ipoh sebagai lokasi penggambaran filem terbaharunya. -Foto Sinar Harian
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih Ipoh sebagai lokasi penggambaran filem terbaharunya.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata penghargaan itu diberikan kerana secara tidak langsung telah mempromosikan bandar raya Ipoh dan negeri Perak di India dan dunia.
"Pihak produksi telah memilih Little India sebagai lokasi pengambaran yang sinonim dengan penjualan barang-barang perhiasan, baju dan rempah ratus untuk kaum india membeli-belah.
"Kami turut mencadangkan beberapa lokasi di bandar raya ini untuk dijadikan lokasi penggambaran seperti di Kampung Baru Buntong yang sekali gus dapat menjana pendapatan ekonomi kacang putih di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama.
Rumaizi berkata kru produksi kira-kira 90 orang dari India itu telah berkampung di bandar raya ini hampir 35 hari dan akan mengetengahkan filem genre komedi romantis yang dibarisi pelakon terkenal iaitu Vijay Sethupathi.
Semalam, Pengarah Kerja dan Bangunan (MBI) Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu serta kru penggambaran di Little India.
Antara filem terkenal lakonan Yogi Babu ialah Maan Karate, Komban, Kaaki Sattai, Pokkiri Raja, Jackson Durai, Atti and Sathriyan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yogi Babu
#Majlis Bandaraya Ipoh
#Rumaizi Baharin
#pelakon terkenal India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan