awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/06/2017
06:34 MYT
Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM
Tan Sri Othman Mustapha turut mengakui JAKIM tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap produk-produk yang mempunyai logo mengelirukan. - Foto Fail
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihati syarikat pengeluar produk untuk memilih lambang yang sesuai bagi mengelak kekeliruan pengguna.
Pada masa sama, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha mengakui sukar untuk mewujudkan sistem baharu untuk membezakan produk Islam Bumiputera dengan produk bukan Islam.
"Itu memang sesuatu yang sukar untuk kita lakukan kerana syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan.
"Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan," katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet dan agensi berkaitan.
Beliau turut mengakui JAKIM tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap produk-produk yang mempunyai logo mengelirukan.
Justeru, beliau menasihati pengguna beragama Islam supaya mengutamakan pembelian produk yang mempunyai pensijilan halal Malaysia atau 66 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
PPIM turut menyarankan agar kaji selidik tersebut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Halal
#JAKIM
#KPDNKK
#PPIM
#produk Muslim
#Tan Sri Othman Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan