awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih pemimpin berwibawa yang angkat Islam - Mufti Perak

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
08/05/2018
09:02 MYT
Pilih pemimpin berwibawa yang angkat Islam - Mufti Perak
HARUSSANI: Mengundi bukan sekadar aktiviti untuk memenuhi tuntutan demokrasi yang dilakukan sekali dalam lima tahun, tetapi ia merupakan satu kesaksian yang penuh dengan beban kertanggungjawaban di dunia dan di akhirat. - Astro AWANI
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati pengundi di seluruh Malaysia untuk memilih pemimpin beribawa yang mengangkat agama Islam sebagai agenda utama dalam pentadbirannya.
Beliau berkata, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah pemimpin yang membantu memenangkan agama Allah serta menegakkan keadilan hukum Allah.
"Iaitu dengan menjalankan tugas-tugas mendaulatkan Islam, berusaha melaksanakan kesyumulan syariat Allah serta melaksanakan dakwah dan jihad.
"Yang pasti, pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang takutkan Allah, menganggap kemenangan di dalam pilihan raya sebagai satu amanah berat dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mengotakan janji-janji terutamanya yang termaktub dalam manifesto," katanya melalui satu kenyataan perutusan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dikeluarkan sebentar tadi.
Tambah beliau, mengundi bukan sekadar aktiviti untuk memenuhi tuntutan demokrasi yang dilakukan sekali dalam lima tahun, tetapi ia merupakan satu kesaksian yang penuh dengan beban kertanggungjawaban di dunia dan di akhirat.
"Ia sangat penting kerana dasar-dasar negara yang menjadi amalan masyarakat banyak ditentukan oleh wakil-wakil yang dihantar ke Parlimen.
"Begitu juga kedudukan Islam, sejauh mana Islam diperkasakan di negara ini juga banyak ditentukan oleh mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, Harrusani turut meningatkan bahawa umat Islam tidak boleh mengasingkan diri dari sistem pemilihan ini sama ada secara suka ataupun tidak.
"Tindakan untuk tidak mengundi dan berniat untuk merosakkan undi merupakan tindakan yang salah serta tidak membawa sebarang keuntungan kepada Islam bahkan perbuatan itu adalah satu perbuatan yang mensia-siakan hak yang diberi.
"Kesaksian kita tidak boleh disembunyikan dengan tidak mengundi mahupun mengundi rosak, justeru warganegara yang layak wajib mengundi atas dasar memberikan kesaksian," ujarnya.
Topic Berkaitan
#hak pengundi
#Harussani Zakaria
#Islam
#MalaysiaMemilih
#mengundi
#Mufti Perak
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan