DHAKA: Pilihan raya umum Bangladesh yang berlangsung pada pagi Ahad dicemari dengan insiden pertempuran yang menyaksikan seorang penyokong maut akibat ditikam, lapor Xinhua.
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim, menurut laporan Financial Express memetik pegawai polis tempatan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi waktu tempatan.
Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.
Selain itu, satu pertempuran turut dilaporkan berlaku antara pihak polis dan anggota Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di Chattogram, lapor Dhaka Tribune.
Perbalahan tercetus apabila sekurang-kurangnya 20 hingga 25 anggota BNP cuba mengadakan perarakan Hartal (mogok umum) selama 48 jam di bandar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Pasukan pengawal keselamatan sedia ditempatkan di beberapa pusat undian di sekitar Dhaka, Bangladesh untuk menjaga keamanan. - AP
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.