Saya baru sahaja sampai dari Palembang, Indonesia setelah tiga hari berada di sana. Kebetulan waktu ini Indonesia sedang melaksanakan tanggungjawab demokrasinya untuk memilih barisan pemerintah baru negara itu untuk period 2014-2019. Kunjungan singkat itu memberi kesempatan kepada saya untuk meninjau proses pengundian di Palembang.
Pilihan raya hari ini adalah ke-11 sejak republik itu mencapai kemerdekaan dan merupakan pilihan raya ke-4 selepas reformasi menyebabkan jatuhnya kepimpinan autokrasi Suharto pada tahun 1998.
Seramai 187,847,521 pemilih akan terlibat dalam pemilu kali ini untuk memilih 2,137 anggota DPRD dan 17,500 anggota DPRD kabupaten dan kota. Mereka akan mengundi di 545,791 tempat mengundi di seluruh negara. Manakala sebanyak 12 buah parti bertanding termasuk tiga buah parti tempatan Aceh.
Parti-parti yang bertanding ialah: 1. Parti Demokrasi Perjuangan, 2. Parti Golongan Karya, 3. Parti Gerindra, 4. Parti Demokrat,5. Parti Keadilan Bangsa. 6. Parti Amanat Bangsa, 7. Parti Persatuan Pembangunan, 8. Parti Keadilan Sejahtra, 9. Parti Nasional Demokrat, 10. Parti Hati Nurani Rakyat, 11. Parti Bulan Bintang dan, 12. Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia.
Pemilihan itu untuk memilih seramai 945 calon anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang juga untuk mengisi 136 kerusi rakyat Dewan Perwakilan Daerah.
Keputusan pilihan raya mungkin diketahui selewat-lewat malam ini. Berita terkini menunjukkan parti PDI-P mendahului parti-parti lain. Sebanyak 39 badan bebas yang akan membuat pengiraan awal. Bagaimana keputusan rasmi pemilu hari ini akan diketahui pada 6-7 Mei depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (Komisis Pemilu Indonesia) memberi masa kempen selama 21 hari kepada semua calon dan parti. Menjadi amalan demokrasi di Indonesia menjelang seminggu pemilihan semua logistik dan kempen dihentikan. Masa itu dinamakan 'minggu bertenang', di mana tempoh itu membolehkan rakyat membuat pertimbangan calon atau parti mana yang hendak dicoblos (undi) selepas mereka diserang dengan kempen.
Di Indonesia, kertas undi tidak dipangkah seperti Malaysia, tetapi dicoblos, ataupun ditebuk lubang. Sepucuk paku disediakan di ruang mengundi, tidak seperti di negara kita, disediakan pensel.
Manakala untuk mempastikan tidak berlaku pengundian dua kali, jari kelingking mereka yang sudah mengundi akan ditanda dengan tinta (dakwat) biru tua. Mereka akan mencelupkan jari kelingking dan bukannya dicalit.
Pagi tadi (Rabu) saya sempat meninjau beberapa pusat pengundian di sekitar kota Pelembang. Ternyata proses pengundian di Indonesia begitu simple dan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra kekeluargaan. Tidak ada ketegangan berlaku, manakala mereka yang berada di pusat pengundian tidak menunjukkan dalam keadaan stres atau pun serius. Suasana berjalan penuh keceriaan dan mereka seolah-olah dalam satu majlis kenduri.
Tiada ada aksi merayu dan memujuk pengundi, dan juga tidak ada barung atau bangsal panas disediakan oleh parti-parti bertanding. Apa lagi laungan dan caci maki provokasi tidak berlaku. Begitu juga baik pengundi tua, yang uzur mereka masuk sendiri dan papah ramai-ramai. Tidak ada yang membawa simbol mana-mana parti. Kertas senarai calon dan lambang parti ditampal di pusat pengundian untuk dijadikan rujukan pengundi membuat pilihan.
Manakala pusat pengundinya diadakan di rumah atau kedai kopi yang diubah suai menjadi sebuah pusat pengundian. Manakala kotak undi pula tidak seragam ada yang diperbuat daripada besi dan juga kotak bekasan barangan. Keadaan ini seolah-olah pilihan raya budak-budak sahaja.
Begitu juga pasukan keselamatan seperti polis, Rela dan tentera atau 'samseng parti' tidak ada yang mengawal pusat pengudian. Semuanya mereka urus sesama sendiri dengan penuh kepercayaan. Dan apa yang menarik lagi sesiapa boleh masuk ke pusat pengundian tanpa sebarang permit atau surat kebenaran khas. Sewaktu saya singgah di pusat pengundian di PTS 15 kota Pelembang, ketua tempat mengundi mengalu-alukan kedatangan saya dan minta masuk ke bawah bangsal yang dijadikan tempat mengundi untuk merakam gambar termasuk merakam pengundi yang sedang coblos.
Kerana keramahan dan keterbukaan sehinggakan saya merasa segan untuk merakam proses berkenaan. "Sila pak, masuk rakam di dalam, mereka sedang coblos," begitulah pelawa ketua tempat pengundian di PTS itu. Tidak ada kecurigaan langsung pada wajahnya, dan begitu juga orang lain.
Suasana ini menyebabkan saya merasakan proses pengundian itu tidak formal dan ia berlangsung dalam keadaan santai.
Mungkin dari satu segi proses pengundian di Indonesia tidak bersistematik, tetapi ada ciri-ciri yang lebih baik daripada apa yang berlaku di Malaysia. Paling tidak mereka mesra sesama sendiri, tidak emosi dan menjadikan pilihan raya sebagai kewajiban kepada negara bukan kepada yang lain. -- http://msomelayu.blogspot.com/
____________________
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog Merah Tinta MSO.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Mohd Sayuti Omar
Thu Apr 10 2014
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.