awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2020
05:25 MYT
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Dr Sim menegaskan nyawa rakyat Sarawak lebih utama dan kemungkinan untuk PRN Sarawak tahun ini amat rendah. - Foto: Facebook/Dr Sim Kui Hian
KUCHING:Kemungkinan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 untuk diadakan pada tahun ini adalah rendah.
Perkara itu dinyatakan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Datuk Dr Sim Kui Hian berdasarkan perkembangan COVID-19 semasa di negara yang ini yang menyaksikan kes positif yang kembali melonjak.
Jelasnya, mengadakan pilihan raya dalam keadaan semasa hanya akan membahayakan nyawa rakyat di negeri itu.
"Pilihan raya mungkin tahun depan.
"Virus yang sama masih ada. Sarawak telah kehilangan 19 nyawa akibat virus ini," katanya.
Untuk rekod kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri adalah pada 7 Mei 2016 dan tempoh mandat Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2021.
Ini bermakna, PRN Sarawak ke -12 boleh diadakan pada Julai 2021 atau sebelum 7 September 2021.
Dalam perkembangan berkaitan Dr Sim menegaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah menggerakkan kawalan yang sangat ketat dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Ini termasuk memperketatkan kawalan di pintu masuk sempadan dan lapangan terbang.
"Kita menjalankan ujian imbasan ke atas lebih ramai orang berbanding negeri lain.
"Ada yang beranggapan ini menyusahkan tetapi anda perlu ingat ia penting bagi melindungi anda, keluarga, masyarakat dan seluruh rakyat Sarawak," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#PRN Sarawak
#Sarawak Memilih
#PRN
#pilihan raya Sarawak
#pilihan raya
#Dr Sim
#2016
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan