awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibaca kali pertama di Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
27/11/2023
09:25 MYT
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibaca kali pertama di Dewan Rakyat
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 itu dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 antara lain bertujuan memberi kuasa tambahan kepada suruhanjaya itu dalam menguruskan perkara hak asasi manusia berkaitan kanak-kanak dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rang undang-undang itu juga memperuntukkan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan dua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dalam kalangan anggota Suruhanjaya dengan fungsi untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak.
Selain itu, Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 yang bertujuan menambah baik peruntukan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) bagi memberikan bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain.
Menurut rang undang-undang itu, Peguam Negara dalam hal keadaan tertentu boleh membuat suatu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti yang ditentukan oleh negara asing berkenaan.
Ini termasuk jika tiada pejabat kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat Jeneral atau Konsulat Malaysia di negara asing berkenaan atau jika permintaan perlu dilaksanakan dengan segera.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula membentangkan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 juga bagi bacaan kali pertama.
Rang undang-undang itu memperuntukkan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) antaranya untuk membenarkan pungutan wang dan penerimaan wang dan sumbangan lain oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar Universiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#suruhanjaya hak asasi manusia
#Dewan Rakyat
#pindaan
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan