awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pindah Mahkamah Perusahaan hanya menyusahkan pekerja' - Abdullah Sani

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
17/05/2016
05:47 MYT
'Pindah Mahkamah Perusahaan hanya menyusahkan pekerja' - Abdullah Sani
Lokasi Mahkamah Perusahaan di Jalan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur kini dilihat strategik dan tidak perlu dipindahkan lagi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Cadangan memindahkan Mahkamah Perusahaan ke lokasi baru di Bangunan PERKESO, Jalan Tun Razak dilihat hanya akan menyusahkan pekerja.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, lokasi sedia ada di Jalan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur kini dilihat strategik dan tidak perlu dipindahkan lagi.
"Lokasi sedia ada lebih baik dan mesra pengangkutan awam berbanding cadangan lokasi baru.
"Dalam keadaan semua pekerja terlibat hendak dipindahkan ke Jalan Tun Abdul Razak yang sukar untuk mendapatkan kenderaan, bagaimana mungkin orang miskin kena habiskan duit yang banyak sebelum kes didengar di mahkamah
"Kita sudah hantar surat berkali-kali dan meminta pertimbangan menteri namun tidak dijawab," katanya di luar Bangunan Parlimen.
Katanya, antara cadangan lokasi pemindahan lain adalah di Bangunan Daya Bumi dan Bangunan Bank Rakyat, Brickfields.
Abdullah Sani bersama hampir 40 peserta himpunan menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem yang diwakili Pendaftar Mahkamah Perusahaan, Roslee Sabaruddin Abu.
Topic Berkaitan
#Abdullah Sani Abdul Hamid
#Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
#mahkamah perusahaan
#MTUC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan