awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinta sokong usaha lahir 125,000 huffaz profesional

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
00:45 MYT
Pinta sokong usaha lahir 125,000 huffaz profesional
Mohd Zahid (gambar kecil) berkata, sewaktu mesyuarat mengenai pendidikan pelajar tahfiz di UPSI bulan lalu, mereka berbincang tentang usaha yang boleh dilakukan dalam menyediakan pendidikan arus perdana pelajar tahfiz. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan seramai 125,000 orang huffaz (penghafal al-Quran) yang memiliki kemahiran profesional Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Presidennya, Mohd Zahid Mahmood berkata, usaha kerajaan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menghadiri perbincangan tentang pendidikan pelajar tahfiz di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19 Februari lalu.
“Sewaktu mesyuarat, kita bincang usaha yang boleh dilakukan dalam menyediakan pendidikan arus perdana pelajar tahfiz, membantu mereka yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menduduki peperiksaan itu.
“Bukan itu sahaja, kita juga bincang tentang pendidikan pelajar tahfiz yang mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sinar Harian melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar kerajaan menyediakan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan selain bergantung pengajian ilmu agama semata-mata.
Dalam pada itu, Mohd Zahid turut memperincikan tentang pelan strategik dasar pendidikan tahfiz negara 2.0 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu.
Jelas beliau, antara perkara yang dibangkitkan dalam dasar berkenaan ialah membaik pulih seluruh institusi tahfiz, menaikkan tenaga pengajar dan menaik taraf para pelajar huffaz dengan memiliki sijil pendidikan yang diiktiraf dan diperakui untuk dipasarkan dalam negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#huffaz
#huffaz profesional
#Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan