Skip to main content

Malaysia

PISA 2025: Buli siber murid Malaysia atasi purata OECD

PUTRAJAYA, 8 Sept - Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek bercakap semasa Sidang Media Pengumuman Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 di Putrajaya hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Setiap kanak-kanak juga perlu mempunyai keyakinan bahawa apabila sesuatu berlaku kepada mereka, terdapat orang dewasa yang akan mendengar, mempercayai dan mengambil tindakan.- Foto Bernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Kadar buli siber yang dilaporkan dalam kalangan murid Malaysia berada pada lima peratus, lebih tinggi berbanding purata negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) iaitu tiga peratus.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, dapatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 turut menunjukkan buli siber mempunyai kaitan dengan pencapaian pembelajaran yang lebih rendah.

“Dahulu kita mungkin membayangkan seorang anak selamat daripada pembuli apabila dia pulang dari sekolah namun hari ini tidak semestinya.

Beliau berkata, keadaan itu menjadikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sebagai sebahagian penting dalam pendidikan, khususnya apabila ketakutan dan tekanan yang dialami boleh menjejaskan proses pembelajaran serta perkembangan mereka.

“Anak yang sentiasa takut akan sukar untuk belajar. Anak yang sentiasa terluka akan sukar untuk berkembang.

“Sebab itu apabila kita bercakap tentang perlindungan kanak-kanak, kita mesti memahami dunia yang sedang didiami oleh anak-anak hari ini.

“Dunia mereka tidak berhenti di pagar sekolah. Ia bergerak bersama mereka di dalam telefon, di dalam kumpulan sembang dan di ruang digital,” katanya dalam sidang media pengumuman PISA 2025 di Putrajaya pada Selasa.

Fadhlina berkata, setiap kanak-kanak juga perlu mempunyai keyakinan bahawa apabila sesuatu berlaku kepada mereka, terdapat orang dewasa yang akan mendengar, mempercayai dan mengambil tindakan.

Must Watch Video

Advertisement