KUALA BERANG: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran PJKM di 1,702 lokasi di seluruh negara yang direkodkan setakat semalam.
"Hampir 2.8 juta pengunjung telah hadir membeli barangan keperluan di PJKM sepanjang tempoh itu membuktikan program ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu meringankan beban kos sara hidup terutama buat golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini," katanya selepas meninjau PJKM di sini, hari ini.
Sehingga kini, sebanyak 240 rakan strategik telah mengambil bahagian melaksanakan program PJKM di seluruh negara yang menawarkan harga keperluan asas lebih rendah hingga 30 peratus berbanding harga biasa.
Antara barang yang dijual ialah beras, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran, beras, tepung, susu dan minyak masak melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sektor peruncitan.
Tambahnya, walaupun PJKM akan tamat pada Jun ini, keluhan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang akan tetap mendapat pembelaan kerajaan melalui penubuhan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) dan Jawatankuasa Keselamatan Makanan.
"KPDNHEP bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar harga barangan keperluan mampu dibeli rakyat dengan harga berpatutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Rosol berkata transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran PJKM di 1,702 lokasi di seluruh negara yang direkodkan setakat semalam. - Gambar fail
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Hari pertama PJKM catat jualan hampir RM60,000
Jumlah kehadiran direkodkan ke PJKM semalam pula ialah hampir 4,000 pengunjung.
PJKM catat jualan lebih RM54 juta - Rosol
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas.
Kerajaan bersedia lanjutkan PJKM - Rosol
Sambutan menggalakkan diterima hingga terdapat lokasi PJKM yang mencapai jualan hampir RM500,000 dalam tempoh dua hari.
Jualan Keluarga Malaysia: Rakyat diseru ambil peluang barangan harga diskaun
Selain meringankan beban rakyat, program tersebut juga membantu mempromosikan produk minyak sawit kepada pengguna.
PJKM dapat sambutan, lebih RM7.8 juta nilai jualan direkodkan
PJKM telah diadakan di 274 lokasi dan mendapatkan maklum balas positif terutama dalam meringankan bebanan rakyat.