KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan laporan akhbar mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam yang berusia lebih empat dekad itu.
PKNS dalam kenyataan hari ini menyatakan kekesalan terhadap dakwaan yang tidak berasas dan akan membuat laporan polis serta melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita yang tidak benar itu.
"PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan kompleks ini.
"Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu merupakan satu daripada mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar," menurut kenyataan itu.
Menurut PKNS perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Seksyen 14 tersebut merupakan sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula suku ketiga tahun ini.
"Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion ini akan melibatkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC yang dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak melibatkan bangunan Kompleks PKNS.
"Sebaliknya kawasan ini akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan projek peremajaan berkenaan juga seiring dengan usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon dengan bangunan yang dinaik taraf akan menggunakan sistem centralised chill water selain sistem tenaga hijau.
"Ia juga sebagai memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosioekonomi Selangor secara keseluruhan.
"Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
PKNS menyatakan kekesalan terhadap dakwaan yang tidak berasas dan akan membuat laporan polis serta melaporkan kepada MCMC berkenaan penyebaran berita yang tidak benar itu. - Gambar selangor.travel
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
PKNS nafi Kompleks PKNS akan dirobohkan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan laporan akhbar mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam yang berusia lebih empat dekad itu.
Kompleks PKNS, SACC Mall dibangun semula menerusi Dataran PKNS bernilai RM2 bilion
Berita 'Kompleks PKNS bakal diroboh' tular sejak beberapa hari lalu tetapi difahamkan rancangan pembangunan semula itu sudah ada sejak 2001.
Polis Selangor nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS
Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi SOP kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.