MELAKA:Melaka mahu kekal menjadi antara negeri terbaik dalam pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini yang berkuat kuasa semalam hingga 26 Jan depan.
Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ketika PKP pertama pada tahun lepas, Melaka menjadi antara tiga negeri terbaik di seluruh negara dalam pematuhan SOP PKP dengan kadar lebih 98 peratus.
"Justeru, kali ini saya cukup yakin dan percaya rakyat Melaka juga boleh melakukan perkara yang sama dengan kita terus mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan agar akhirnya kita bersama-sama dapat membantu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual melalui telefon bagi segmen Bicara Ketua Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Melakafm hari ini.
Sulaiman berkata walaupun PKP kali ini menyaksikan kerajaan memberi kelonggaran kepada orang ramai dalam beberapa perkara, itu tidak bermakna mereka boleh bertindak sewenang-wenangnya dan mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.
Katanya antara kelonggaran yang diberikan ialah operasi kedai makan dan gerai penjaja serta proses pembelajaran secara bersemuka bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Sulaiman (gambar) berkata ketika PKP pertama pada tahun lepas, Melaka menjadi antara tiga negeri terbaik di seluruh negara dalam pematuhan SOP PKP dengan kadar lebih 98 peratus - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19 | WHO tuduh negara kaya amal sikap vaksin nasionalisme
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menuduh negara-negara kaya mengamalkan nasionalisme vaksin. Ketua Pengarahnya, Dr. Tedros Adhanom Grebeyesus menggesa mereka memastikan vaksin koronavirus juga tersedia secara meluas untuk negara-negara miskin.

AWANI Ringkas: Presiden Joe Biden mula tangani isu keadilan | Korban COVID-19: PM UK akui bertanggungjawab

COVID-19 | Angka kematian UK cecah 100,000, PM bertanggungjawab
Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengambil tanggungjawab penuh selepas negara itu merekodkan lebih seratus ribu kematian akibat COVID-19. Johnson akui kerajaan telah melakukan apa yang termampu.

COVID-19 | EU gesa ketelusan syarikat pembuat vaksin
Kesatuan Eropah (EU) menggesa ketelusan daripada syarikat pembuat vaksin COVID-19. Blok itu turut beri amaran kepada syarikat gergasi farmasi yang membangunkan vaksin untuk mematuhi kewajipan kontrak mereka.

COVID-19: WHO tuduh negara kaya bersikap 'nasionalisme vaksin'
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus menggesa negara kaya memastikan vaksin koronavirus juga tersedia secara meluas untuk negara-negara miskin.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Isu vaksin jadi pertikaian ketika jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 100 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan keskumulatif global kini 100.06 juta kes.

COVID-19 | Angka korban dunia kini lepasi 2.15 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.15 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 423 ribu kes.

Politik AS | Presiden tandatangi perintah eksekutif berkaitan isu keadilan
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menandatangi sejumlah perintah eksekutif dan memorandum berkaitan isu keadilan. Biden yang sebelum ini lantang berkempen dan berjanji akan memerangi isu ini menegaskan, kini adalah masa untuk bertindak.

COVID-19: EU gesa ketelusan syarikat pembuat vaksin
Ia susulan kelewatan penghantaran vaksin oleh dua syarikat, yang menjejaskan pelancaran program vaksin di beberapa negara anggota EU.

Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok
Sejurus tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya tersepit.

'Jangan dengar khabar angin, saya tidak mahu terbabit' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu terlibat dalam isu mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti.

RM15 juta anggaran peruntukan bagi baik pulih Jalan Paitan - Bung Moktar
Kerajaan Sabah menganggarkan RM15 juta dana diperlukan bagi membaik pulih kerosakan jalan akibat tanah runtuh di kilometer 127.7 Jalan Paitan-Kanibungan, di sini.

Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

Kerosakan parkir Taman Negara Kinabalu, laluan Tamparuli-Ranau akan dibaiki segera
Kawasan letak kereta di Taman Negara Gunung Kinabalu yang rosak akibat tanah runtuh hingga menjejaskan laluan Tamparuli-Ranau akan dibaiki segera.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
Kerajaan Sabah akan melakukan projek mendalamkan sungai di Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

Sarawak luluskan RM30 juta bagi bantu pelajar lunas pinjaman PTPTN
Pihak Yayasan Sarawak akan terus berhubung dengan PTPTN berkenaan pelaksanaan kaedah pembayaran oleh peminjam.