SHAH ALAM:Prosiding kes Mahkamah Syariah di Selangor yang ditetapkan hari ini hingga 26 Jan akan dijadualkan semula susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) memaklumkan, bagaimanapun sepanjang tempoh itu kes-kes rayuan yang telah ditetapkan sesi pendengaran di hadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah akan diteruskan seperti dijadualkan.
"JAKESS menggalakkan semua pihak menggunakan kemudahan perbicaraan secara dalam talian," menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Kenyataan juga memaklumkan bahawa wakalah, afidavit, majlis sulh, perbicaraan atau sebutan bagi kes yang mempunyai tempoh had masa boleh dibuat melalui sidang video dengan permohonan dan persetujuan bersama pemohon serta responden manakala perkhidmatan runding cara pula akan dilaksanakan melalui telefon.
Bagi perkhidmatan pendaftaran kes baharu secara fizikal di kaunter mahkamah hendaklah dibuat janji temu melalui panggilan telefon yang hanya terhad kepada tiga kategori kes.
PKP-MAHKAMAH SYARIAH 2 (AKHIR) SHAH ALAM
"Pertama, kategori kes mendesak yang melibatkan keganasan rumah tangga atau penderaan, pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, permohonan wali raja atau merekodkan persetujuan yang mana hendaklah dibuat melalui notis perakuan segera dan semua borang serta dokumen telah lengkap.
"Kedua, kes yang mempunyai tempoh had masa seperti pemfailan notis rayuan dan semakan dan seterusnya kategori perkhidmatan kaunter pemfailan dokumen melibatkan tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang seperti alasan rayuan serta rekod rayuan," menurut kenyataan itu.
Ia juga memaklumkan semua temu janji yang telah dibuat melalui Aplikasi Temujanji Perkhidmatan JAKESS sepanjang tempoh PKP dibatalkan dan perlu membuat temu janji baharu selepas tamat tempoh berkenaan.
Pihak berkaitan boleh menghubungi talian premis Mahkamah Syariah Selangor atau layari laman sesawang JAKESS di www.jakess.gov.my bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Sepanjang tempoh itu kes-kes rayuan yang telah ditetapkan sesi pendengaran di hadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah akan diteruskan seperti dijadualkan. - Gambar hiasan

Empat buah kereta terbakar dijilat api
Empat buah kereta dengan dua daripadanya hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Perumahan Halaman Mayang 5.

COVID-19: Thailand dalam proses tambah pemerolehan vaksin
Pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat dan Rusia.

AWANI Ringkas: PKPD di beberapa lokaliti bermula hari ini | Kadar R-Naught meningkat lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Rundingan nuklear Iran catat perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Leka berpesta air, 21 warga Myanmar ditahan polis
Dalam kejadian jam 2.30 petang Sabtu itu, 20 lelaki dan seorang wanita itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam.

COVID-19: Kes positif global lepasi 140 juta, angka korban lepasi 3 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melepasi 140 juta, berikutan pertambahan 800,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Suspek didakwa menghimpit motosikal anggota polis terbabit hingga menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia.

Hari pertama Bazar Aidilfitri di Lorong TAR hambar
Susun atur pintu masuk dan keluar dianggap tidak praktikal antara seksyen selain turut dikelilingi pagar yang menyebabkan pengunjung perlu berjalan jauh untuk ke satu-satu lokasi.

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

Lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKPD di UMS dilanjutkan
KKM melaporkan masih berlaku penularan jangkitan berterusan dalam kalangan penghuni asrama dan masih terdapat baki 1,956 sampel yang belum menerima keputusan.

MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus
Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan PKP.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 16 April
Sebanyak 169 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.

PKP: Polis Kelantan minta orang ramai guna surat kebenaran baharu
Masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah ada digunakan semasa PKP Januari lepas.

Malaysia sasar muncul lima teratas dunia dalam industri acara perniagaan
Matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara "World Expo" ke dalam negara kerana negara-negara ASEAN khususnya masih belum menganjurkan sebarang pameran dari luar.

PKP: MAIK benarkan solat Jumaat, fardu dan solat Tarawih
MAIK membenarkan solat Jumaat, fardu dan solat tarawih diadakan di masjid dan surau di tujuh daerah di negeri ini yang dikenakan PKP.

PKP di Tawau dilanjutkan, enam lokasi PKPD di Sabah, Sarawak dan Melaka ditamatkan
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021.

Rentas negeri mungkin dibenarkan jika kes turun - MKN
Rentas negeri mungkin akan dibenarkan sekiranya kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan ketara menjelang akhir Ramadan kelak.