awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR

Bernama
Bernama
23/12/2025
12:45 MYT
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Khairul Shahril berkata DPT BLN11/2025 yang diperaku pada 22 Dis 2025 dan diwartakan hari ini, mengandungi 40,482 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2025 (DPT BLN11/2025) dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 21 Jan 2026, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.

Ringkasan AI
  • Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2025 (DPT BLN11/2025) dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 21 Januari 2026, mengandungi 40,482 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas yang didaftarkan sebagai pemilih baharu serta pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya dan kategori pengundi.
  • SPR menyediakan lima kaedah semakan termasuk melalui portal rasmi SPR, portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, dan aplikasi dalam talian MySPR Semak, meminta warganegara semak kehadiran nama mereka dalam DPT BLN11/2025.
  • Pemilih yang tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2025 boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C atau menghadiri Pejabat Pilihan Raya Negeri, sementara pemilih berdaftar yang ingin membuat bantahan boleh mengisi Borang D dan kemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri untuk serahan serta pembayaran fi bantahan.

Beliau berkata DPT BLN11/2025 yang diperaku pada 22 Dis 2025 dan diwartakan hari ini, mengandungi 40,482 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
"Selain itu, 14,131 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,303 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Shahril berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
Dalam pada itu, SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2025 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN11/2025.
"Sekiranya pemilih mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2025, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
"Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.
Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk serahan serta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat sepanjang tempoh semakan DPT BLN11/2025.
Sebarang pertanyaan berkaitan urusan semakan DPT BLN11/2025, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my atau menghubungi SPR di talian 03-8892 7218, atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#portal rasmi
#dalam talian
#waktu pejabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan