awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor, P. Pinang disambung hingga 4 Mac

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
16/02/2021
09:10 MYT
PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor, P. Pinang disambung hingga 4 Mac
Ismail Sabri berkata, perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Feb, akan disambung sehingga 4 Mac depan.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media pada Selasa.
Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain yang di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh yang sama.
Beliau berkata, perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 16 Feb 2021
“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP.
Ismail Sabri juga berkata, sekatan pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit PKP, PKPB dan PKPP juga dibatalkan.
Kekalkan status PKP di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang berkuat kuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#AWANInews #HapusCOVID19 pic.twitter.com/DAypFErddk
— Astro AWANI (@501Awani) February 16, 2021
Topic Berkaitan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#Selangor
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#PKPB
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan