Skip to main content

Dunia

China seru penyelesaian krisis Ukraine secara damai

Holocaust survivor Evelyn Konrad addresses an event marking the International Holocaust Remembrance Day at the United Nations headquarters in the Manhattan borough of New York City, U.S., January 27, 2026. REUTERS/Jeenah Moon
Masyarakat antarabangsa perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi menyelesaikan krisis Ukraine menerusi saluran politik, manakala UNGA diharap memainkan peranan konstruktif dalam menyatukan konsensus keamanan dalam kalangan negara anggota. - Gambar fail Reuters

BEIJING: Masyarakat antarabangsa perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi menyelesaikan krisis Ukraine menerusi saluran politik, manakala Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) diharap memainkan peranan konstruktif dalam menyatukan konsensus keamanan dalam kalangan negara anggota.

Perkara itu dinyatakan oleh Konsul Misi Tetap China ke PBB, Teng Fei ketika menyampaikan ucapan susulan pengundian draf resolusi "Menyokong Keamanan Berkekalan di Ukraine" pada Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung pada Isnin.

Advertisement

Beliau berkata, China menggalakkan dan menyokong segala usaha ke arah mewujudkan keamanan, selain menyeru pihak terlibat supaya mengekalkan momentum positif dan membina konsensus bagi mencapai perjanjian damai yang komprehensif, berkekalan dan mengikat.

Menurut beliau, struktur keselamatan Eropah yang lebih seimbang, berkesan, dan mampan perlu diwujudkan bagi mencapai keamanan berkekalan di benua itu.

Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi "Menyokong Keamanan Berkekalan di Ukraine" dengan 107 undi menyokong, 12 menentang dan 51 berkecuali pada Isnin.

-- BERNAMA

Must Watch Video