Skip to main content

Malaysia

Kerajaan arah tindakan tegas, perbuatan pijak al-Quran

Fahmi Fadzil_BERNAMA
Fahmi (foto) telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera diambil bagi menangani kes ini. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung insiden seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads.

Dalam satu kenyataan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan yang menyeluruh dan tanpa kompromi diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

Advertisement

"Perbuatan tersebut disifatkan sebagai tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kerajaan menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali dan akan dikenakan tindakan tegas," katanya. 

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Individu berkenaan yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Must Watch Video