awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti kursus pemanduan defensif
Jalan Pintasan Semenyih: Ini Malaysia baharu, jangan lengah laksana projek - PM
Papa Zola The Movie raih lebih empat juta penonton Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0 'longgar', rakyat perlu patuh SOP - Dr Noor Hisham

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
31/01/2021
08:54 MYT
PKP 2.0 'longgar', rakyat perlu patuh SOP - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menjadi kekangan untuk melihat titik keseimbangan antara kesihatan dan juga ekonomi. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui dan memahami berlaku kelonggaran pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan kini seperti yang diperkatakan oleh umum.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah satu cabaran untuk melihat titik keseimbangan antara menjaga kesihatan dan juga ekonomi.
Katanya, tidak penting sama ada ia adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB), sebaliknya kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itulah yang utama.
“Kita akan berbincang isu dan cabaran yang ada. Kita kena pertimbangkan antara kesihatan dan ekonomi jadi untuk dapatkan kata putus kita akan berbincang semula untuk melihat tindakan sesuai.
"Sekarang kita lihat Selangor kes meningkat, adakah kita nak bersasar kepada negeri Selangor, kita akan bincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita faham ada kelonggaran sebab kena lihat kesihatan dan ekonomi, kena imbangkan, bagaimana nak capai titik keseimbangan.
"Apa yang penting bukan PKP atau PKP bersyarat tetapi kepatuhan SOP," katanya.
Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak yang menyifatkan PKP kali ini tidak berkesan menurunkan jumlah kes COVID-19 saban hari.
Angka kes harian kini sudah melebihi 5,000 kes dengan Selangor mencatatkan jumlah melebihi 3,000 kes.
Melihat keadaan itu, beliau berkata, ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKN situasi di Selangor.
Terdahulu beliau melakukan tinjauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) petang tadi.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#PKP
#COVID-19
#keselamatan
#ekonomi
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan