awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: Industri padi, beras beroperasi 24 jam, kapasiti tenaga kerja penuh - MAFI

Bernama
Bernama
17/06/2021
10:13 MYT
PKP 3.0: Industri padi, beras beroperasi 24 jam, kapasiti tenaga kerja penuh - MAFI
Waktu operasi untuk pengusaha padi dan pengilang beras bagi semua aktiviti berkaitan industri itu kini dilanjutkan kepada 24 jam dengan kapasiti tenaga kerja pada tahap maksimum 100 peratus. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Waktu operasi untuk pengusaha padi dan pengilang beras bagi semua aktiviti berkaitan industri itu kini dilanjutkan kepada 24 jam dengan kapasiti tenaga kerja pada tahap maksimum 100 peratus.
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), perkara itu selaras lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa 15 Jun lepas hingga 28 Jun ini.
"Ini berikutan pihak MAFI perlu memastikan aktiviti pengeluaran padi dan beras negara tidak terjejas dalam tempoh PKP 3.0 ketika ini, sekali gus menjamin kecukupan stok beras negara," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut MAFI, pihaknya telah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan industri padi dan beras yang merangkumi aktiviti penanaman padi, pembajakan dan penuaian padi, penyelenggaraan sawah dan perparitan serta penggunaan dron bagi tujuan penaburan benih dan kawalan penyakit.
Turut ditambah baik SOP aktiviti pengedaran input pertanian seperti baja dan benih padi kepada pesawah, pengoperasian kilang benih padi, kilang beras dan kilang membungkus beras, pengedaran dan logistik bagi tujuan pengedaran dan pemasaran beras serta kilang memproses produk berasaskan beras.
Sementara itu, MAFI berkata Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor telah melakukan kawalan bersepadu terhadap serangan serangga perosak tanaman padi di kawasan Panchang Bedena dan Bagan Terap/Sungai Panjang dekat Sabak Bernam dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Menurut MAFI, serangan ulat pengorek batang dan ulat gulung daun itu berlaku pertengahan bulan lepas, melibatkan kawasan seluas 6,632.4 hektar sawah atau hampir 98 peratus daripada luas keseluruhan iaitu 6,805.2 hektar kawasan tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut turun padang hari ini bagi meninjau kawasan tanaman padi terlibat selain memastikan masalah serangan serangga perosak membabitkan tanaman padi di IADA Barat Laut Selangor ditangani dengan baik.
"MAFI melalui Tabung Bencana Tanaman Padi akan menyalurkan bantuan kepada pesawah terjejas oleh serangan makhluk perosak itu, tertakluk kepada penilaian jawatankuasa yang telah ditetapkan.
"MAFI juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor yang menyumbang RM1.05 juta bagi membantu kawalan serangan ulat pengorek batang dan ulat gulung daun ini," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Industri padi
#pengusaha beras
#PKP
#total lockdown
#sekatan pergerakan penuh
#MAFI
#tenaga kerja penuh
#Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan