KUALA LUMPUR: Aksi Liga Super di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa ini akan diadakan tanpa kehadiran penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata MFL akan mengetatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan mengaktifkan semula SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton bagi kawasan PKP.
Ini termasuk tahap disiplin pematuhan gelembung sukan melibatkan pegawai dan pemain kedua-dua pasukan, selain Ujian RTK Antigen pegawai serta petugas perlawanan terlibat perlu dibuat sehari sebelum atau pada hari perlawanan.
"SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton diaktifkan semula sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini sehingga perkembangan terbaharu diumumkan pihak kerajaan kelak.
"Saya berharap semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia musim ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim selama dua minggu berkuat kuasa esok, susulan penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di kelima-lima daerah berkenaan.
Dalam pada itu, MFL mengesahkan tiada jualan tiket dibenarkan dan tiket-tiket yang telah terjual akan dibayar balik oleh pihak TicketHotline International.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Aksi Liga Super di antara KDA FC dan JDT di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa ini akan diadakan tanpa kehadiran penonton. - Gambar fail/BERNAMA
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.