awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP besar-besaran tidak akan dilaksana kembali - Hishammuddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
11/01/2022
10:14 MYT
PKP besar-besaran tidak akan dilaksana kembali - Hishammuddin
Hishammuddin menjelaskan keputusan untuk tidak melaksanakan PKP secara besar-besaran dibuat merupakan sebahagian dari usaha bersiap sedia memasuki transisi ke fasa endemik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menggunakan semula pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, kerajaan bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron.
Hishammuddin berkata, langkah lebih ketat itu termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.
"Mengambil kira pembentangan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sebentar tadi, setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia.
"Sebahagian besar kes jangkitan varian ini di negara kita masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.
"Kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.
"Namun penting juga untuk saya tegaskan, pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula," katanya pada Sidang Media Khas Sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada Selasa.
Hishammuddin menjelaskan, keputusan untuk tidak melaksanakan PKP secara besar-besaran dibuat merupakan sebahagian dari usaha bersiap sedia memasuki transisi ke fasa endemik.
Namun beliau memberitahu, pengumuman transisi ke fasa endemik itu tertangguh kerana kerajaan sedang memantau penularan varian Omicron dan banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan