awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Bilangan pengguna jalan raya berkurangan 50 peratus

Bernama
Bernama
10/05/2021
11:00 MYT
PKP: Bilangan pengguna jalan raya berkurangan 50 peratus
Aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan, bergerak lancar setakat petang ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Aidilfitri, aliran trafik di dua lebuh raya utama dilaporkan lancar petang ini.
Tidak seperti kebiasaan menjelang sambutan Hari Raya yang menyaksikan warga kota memenuhi lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman menyambut Syawal, kali ini tiada pergerakan untuk pulang beraya.
Semuanya disebabkan COVID-19 yang memaksa kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta melarang perjalanan rentas daerah dan negeri dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang boleh membawa maut itu.
Jurucakap Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ketika dihubungi Bernama memberitahu, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan, bergerak lancar setakat petang Isnin.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula menyatakan, aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dan Plaza Tol Bentong juga dilaporkan lancar, setakat petang ini.
Di ibu negara pula, bilangan pengguna jalan raya berkurangan kira-kira 50 peratus dan tiada peningkatan kenderaan dilaporkan sejak sekatan jalan raya digerakkan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, tiada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya dilaporkan setakat ini, sebaliknya menyusut berbanding hari biasa sebelum PKP dilaksanakan.
"Dianggarkan 50 peratus pengguna jalan raya berkurangan selepas PKP dan sekatan jalan raya dijalankan di seluruh kawasan ibu negara, bagaimanapun peningkatan aliran trafik berlaku di Lebuhraya Persekutuan.
"Kebanyakan pengguna jalan raya yang merentas daerah merupakan penyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Persekutuan, disebabkan faktor berulang alik dari rumah ke tempat kerja," katanya kepada Bernama.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Projek Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#Plaza Tol Jalan Duta
#Plaza Tol Sungai Besi
#Lebuhraya Pantai Timur 1
#LPT 1
#LPT 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan