Hari ini (16 April), genaplah 30 hari rakyat Malaysia menempuh dengan tabah cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac lepas ekoran pandemik COVID-19.
Banyak perkara berubah antaranya kesibukan lalulintas dan orang ramai di tengah bandar tidak kelihatan, sekolah dan institusi pendidikan masih ditutup, hanya perkhidmatan penting dibenar beroperasi, dan ramai memanfaatkan peluang 'cuti' ini untuk berada bersama keluarga sepanjang masa; perkara yang selalu menjadi dambaan setiap masyarakat terutamanya di bandar besar sebelum ini.
Pada masa sama, persoalan mengenai bila tempoh PKP akan berakhir sering menjadi tanda tanya dan dinanti-nantikan terutama masyarakat beragama Islam yang akan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi. Kemeriahan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dan mengerjakan solat terawih di masjid dan surau tidak dapat dijalani kali ini sebagai usaha menjaga kebaikan semua ketika penularan wabak CO)VID-19.
Namun, persoalannya bagaimanakah PKP memberi kesan kepada kehidupan seharian, dari segi cara hidup dan kesihatan mental masyarakat setakat ini?
Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Fauziah binti Mohd Sa'ad ketika dihubungi Bernama berkata rakyat Malaysia sedang mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka bagi menghadapi PKP.
"Sekarang, kita berhadapan dengan situasi yang sangat berbeza berbanding sebulan lepas, dan termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.
"Ia memang satu perubahan drastik, namun rakyat perlu berlapang dada dan menerima situasi ini, kerana ia bukan sahaja membabitkan nyawa seseorang, malah kita bertanggungjawab memutuskan semua rantaian COVID-19 dalam semua komuniti," katanya.
Beliau berkata, PKP ini juga dapat dilalui dengan baik sekiranya kita sentiasa berfikiran positif dan tidak membenarkan perasaan negatif menyusup masuk ke dalam fikiran kita.
"Kalau kita negatif, semua jadi negatif, sebab itu kes keganasan rumahtangga berlaku sebagai contohnya. Kalau berfikiran positif, kita dapat bina 'good energy' dalam mentaliti, seterusnya mengubah keadaan bosan atau stres ketika di rumah," jelasnya.
Beliau juga mencadangkan supaya seseorang itu melakukan pelbagai aktiviti dalam masa terluang kini untuk mengelakkan rutin sama saban hari.
Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Profesor Datin Dr Mariani Md Nor berkata PKP dilihat sebagai satu rahmat kerana ia turut membawa banyak kebaikan.
Katanya, isu COVID-19 dalam negara secara amnya telah mendisiplinkan rakyat Malaysia, di samping mewujudkan persekitaran muafakat bersama keluarga.
"...kalau dulu malas nak basuh tangan, sekarang automatik jadi rutin, dapat eratkan hubungan kekeluargaan, makan sama-sama dan melakukan aktiviti santai, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan, banyak aktiviti agama dapat dilakukan.
"Jadi dalam keadaan (PKP) sekarang, kalau tidak pandai mengkreatifkan suasana yang membosankan, individu terbabit akan menjadi terlalu bosan, yang boleh menyebabkan stres seterusnya menjejaskan kesihatan mental," katanya.
Mengenai bulan Ramadan, beliau berkata waktu PKP juga boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi aktiviti masakan dengan melibatkan anak memandangkan ketiadaan bazar Ramadan tahun ini selain solat terawih bersama-sama ahli keluarga.
Sementara itu, seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Rani, 28, berkata waktu PKP digunakannya sebaik mungkin untuk mengamalkan kehidupan sihat dengan aktiviti memasak dan bersenam di rumah.
"Sebelum PKP, berat badan saya bertambah dan ketika ini, berat saya telah turun lebih dua kilo kerana saya mempunyai lebih masa untuk work out di rumah, tidak seperti sebelum ini, saya perlu mencari masa sesuai untuk melakukan aktiviti senaman," katanya yang berasal dari Johor.
Beliau berkata, PKP juga tidak membantutkan tugasnya kerana terikat dengan pembelajaran dalam talian, dan ia digunakan sebaik mungkin agar anak muridnya tidak tercicir dalam pelajaran.
Tinjauan dalam laman sosial pula mendapati rata-rata warganet telah dapat menerima PKP dengan sebaiknya, dengan masa lapang diisi dengan bercucuk tanam di keliling rumah, memasak resepi baharu, tidak kurang ada yang berniaga dalam talian.
Satu 'group' masakan di Facebook iaitu 'Daily Homecook Meal' turut menganjurkan pertandingan memasak menggunakan jenama tertentu dan ahli kumpulan perlu mengasah bakat memasak menggunakan jenama itu dengan kreatif bagi memenangi pertandingan.
Natijahnya, PKP ini lebih banyak membawa kebaikan berbanding keburukan jika dilihat dari sudut positif.
Diharap kerjasama seluruh warga Malaysia yang berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara membuahkan hasil hingga bebas wabak COVID-19 dan negara kembali seperti biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020
Bagaimanakah PKP memberi kesan kepada kehidupan seharian, dari segi cara hidup dan kesihatan mental masyarakat setakat ini? - Gambar BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.