awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2020
02:29 MYT
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Alexander berkata, semua permohonan bagi subsektor tambahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada MITI secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my. Gambar fail.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Jumaat mengumumkan tiga subsektor tambahan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga.
Menterinya, Datuk Alexander Nanta Lingi berkata, subsektor itu adalah kedai barangan logam (hardware) serta barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT) dan perkhidmatan dobi penuh.
Jelasnya, semua permohonan bagi subsektor tambahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my (https://application.miti.gov.my).
“Hanya permohonan yang menepati syarat prosedur operasi standard (SOP) dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang diterima selain daripada melalui portal tersebut tidak akan diproses.
“Syarikat terbabit juga hendaklah memastikan lokasi operasi tidak berada di Zon Merah, Zon Kuning atau kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk mengambil langkah proaktif dan responsif untuk membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berfasa
Mengulas lanjut, Alexander berkata, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
Tegasnya, kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#barangan elektrik
#barangan logam
#COVID-19
#dobi
#ekonomi
#hardware
#kedai
#kesihatan
#KKM
#KPDNHEP
#MITI
#PKP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan