awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP penuh jalan terakhir, ketatkan SOP di tempat kerja lebih penting

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/01/2021
04:55 MYT
PKP penuh jalan terakhir, ketatkan SOP di tempat kerja lebih penting
Apa yang penting jelasnya, SOP yang lebih ketat terutamanya di tempat kerja dan sektor kilang. - Foto fail
KUALA LUMPUR :Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh adalah jalan terakhir ketika ini.
Malah jelas Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, kemungkinan peningkatan kes akan berlaku semula apabila PKP dilonggarkan.
Apa yang penting jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat terutamanya di tempat kerja dan sektor kilang.
“Sekarang ini PKP penuh adalah satu jalan terakhir. Mungkin kalau ketat seperti awal dahulu dapat membantu tetapi ketika ini kes bertambah banyak.
“Ini kerana setiap kali PKP dilaksanakan, kes turun kemudian tarik semula PKP kes meningkat semula. Jadi sampai bila kita akan berpegang kepada PKP ini.
“Apa yang patut dilakukan ketika ini adalah ketatkan SOP di kilang dan tempat kerja. Masyarakat perlu bersama-sama atasi dan bantu masalah ini,” katanya dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
COVID-19 | Kes melepasi 5,000, apa yang dapat dijangkakan?
Dalam pada itu, beliau menyambut baik keputusan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.
Jelasnya, langkah ini penting kerana kluster-kluster ini menyebabkan penyebaran dalam kalangan komuniti.
BACA: COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster
TERKINI: Perkembangan Mutakhir kes COVID-19 di Selangor
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#PKP
#kesihatan
#perubatan
#perintah kawalan pergerakan
#Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan