awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Timbalan Menteri Kesihatan beri keterangan kepada polis, mohon maaf hadir jamuan

Aida Aziz
Aida Aziz
20/04/2020
13:56 MYT
PKP: Timbalan Menteri Kesihatan beri keterangan kepada polis, mohon maaf hadir jamuan
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membuat permohonan maaf berhubung kehadirannya ke majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Jumaat lalu. - Sumber foto: Facebook
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membuat permohonan maaf berhubung kehadirannya ke majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak pada Jumaat lalu.
Katanya, beliau telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada petang Isnin dan bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan.
Ujarnya lagi, beliau amat menghargai pengorbanan besar yang dilakukan oleh barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
BACA: PKP: Kertas siasatan libatkan Timbalan Menteri Kesihatan dijangka siap hari ini
BACA: Ingkar PKP: Exco Perak mohon maaf pada rakyat Malaysia
"Saya amat memghargai komitmen pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam usaha menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu, jawatan dan sebagainya.
"Saya berdoa agar seluruh rakyat Malaysia terus diberikan kesabaran dan tenang menghadapi segala cabaran yang dihadapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya dalam kenyataan akhbar pada Isnin.
Baru-baru ini tular gambar seorang Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedang makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong ketika PKP di media sosial.
Exco Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah tampil memohon maaf atas perkara itu.
Kes itu turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Azmi Ghazali
#exco Perak
#IPD Putrajaya
#Maahad Tahfiz
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Razman Zakaria
#Timbalan Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan