Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang 49,437 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas di kampus, setakat semalam.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak tiga lagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak dijadualkan membawa pulang 861 pelajar hari ini.
“Satu penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah juga dijadualkan untuk membawa 160 pelajar pulang.
“(Sementara) esok, KPT merancang untuk menghantar pulang 894 pelajar. Ini akan melibatkan dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dan dua penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.