MALAYSIA
PKPB di beberapa negeri ditamatkan, ini lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ditamatkan mulai esok (21 November 2020).
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri pada Jumaat:
1) PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan esok (Sabtu) kecuali daerah Kulim, Mersing dan Kota Tinggi.
2) PKPB di Kelantan akan dilaksanakan bermula 21 November sehingga 6 Disember 2020 susulan peningkatan kes.
3) Gelembung perjalanan domestik dibenarkan bagi penduduk di negeri zon hijau bagi merancakkan ekonomi.
4) PKPD K-Avenue Mega City, Penampang akan dilaksanakan pada 22 November sehingga 5 Disember 2020.
5) PKPD Anjung Batu, Lahad Datu ditamatkan hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami