awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan benarkan gelembung perjalanan domestik zon hijau bermula 22 Nov

Fareez Azman
Fareez Azman
20/11/2020
10:18 MYT
Kerajaan benarkan gelembung perjalanan domestik zon hijau bermula 22 Nov
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata gelembung perjalanan domestik dibenarkan bermula 22 November depan melibatkan negeri zon hijau sahaja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik bagi negeri zon hijau di seluruh negara bermula 22 November ini bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan domestik.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).
"Sidang khas mendengar cadangan MOTAC berkenaan SOP gelembung perjalanan domestik bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan. Kita bersetuju untuk membenarkan gelombang perjalanan domestik.
"Pertama, di dalam negeri PKPP, mereka boleh melancong, katakan rakyat dari Pahang hendak ke Taman Negara di negeri itu, boleh berbuat demikian. Maksudnya melancong di dalam negeri, tidak perlu mendapatkan kebenaran polis.
BACA: PKPB di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu ditamatkan kecuali beberapa daerah
"Kedua, perjalanan merentas negeri antara negeri zon hijau (PKPP), sebagai contoh dari Pahang nak ke Terengganu, boleh ada pergerakan rentas negeri. Ketiga, negeri PKPP nak ke negeri PKPP yang lain tetapi melalui negeri PKPB perlu mendapatkan kebenaran pihak polis," katanya.
Manakala bagi rakyat dari daerah zon hijau juga, Ismail Sabri memaklumkan, mereka boleh melancong ke daerah zon hijau walaupun di bawah negeri zon merah.
"Keempat, perjalanan dari daerah hijau ke daerah hijau yang lain di negeri PKPB. Sebagai contoh Pahang (zon hijau) hendak ke Negeri Sembilan (Zon Merah), tetapi daerah Tampin adalah zon hijau, kita benarkan tetapi perlu kebenaran pihak polis," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#PKPB
#sektor pelancongan
#Gelembung Perjalanan Domestik
#PKPP
#negeri
#zon hijau
#pelancong domestik
#pergerakan rentas negeri
#Menteri Kanan Pertahanan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#MOTAC
#travel bubble
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan