KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas pada 11 Disember 2020.
Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan PKPB di dua mukim (Daerah Penggawa) iaitu Kubang Kerian di Kota Bahru dan Kusial di Tanah Merah diteruskan sehingga 20 Disember nanti.
Menurut beliau, kerajaan juga memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan sehingga 20 Disember ini.
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri juga memaklumkan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 260 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri, 11 Disember
"Daripada jumlah itu, seramai 245 individu telah dikompaun manakala 15 individu pula direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (102), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (79), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (40), aktiviti pusat hiburan (27) dan lain-lain (12)," katanya.
Ismail Sabri turut memaklumkan Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) menahan 18 Pendatang Tanpa Izin (Pati), 3 tekong serta merampas 3 kenderaan darat.
Jelas beliau sebanyak 122 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan pada Khamis.
Astro Awani
Fri Dec 11 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh turut diteruskan sehingga 20 Disember ini. - Gambar fail
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.