GEORGE TOWN:Semua 56 buah sekolah dan institusi pendidikan yang berada di dalam zon merah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan ditutup bermula 6 November sehingga 20 November susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan untuk menutup sekolah itu dibuat sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut selepas berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di daerah Barat Daya.
"Sebanyak 56 institusi pendidikan merangkumi 39 buah sekolah rendah dan sekolah menengah (12 buah) di bawah KPM, serta sebuah kolej vokasional dan empat buah sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
"Senarai institusi pendidikan yang ditutup di dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga, warga sekolah dan institusi.
"Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM," katanya.
Menurut kenyataan itu, sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga akan ditutup, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.
Manakala, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
Menurut kenyataan itu lagi, semua keperluan makanan dan minuman pelajar yang tinggal di asrama sepanjang tempoh tidak pulang ke rumah mereka akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi.
BACA: COVID-19: PKPB di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang bermula 6 November
Bagi murid atau pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.
"Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my," kata kenyataan itu pada Rabu malam.
KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dan sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi akan dibuat dari semasa ke semasa.
Sehingga hari ini, Daerah Barat Daya mencatatkan sebanyak 51 kes positif COVID-19 termasuk membabitkan Kluster Bayan.
Daerah itu menjadi zon merah berikutan mempunyai kes aktif melebihi 41.
Pada Rabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mukim 12 di Daerah Barat Daya dikenakan PKPB bermula 6 hingga 19 November.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 04 2020
Semua 56 buah sekolah dan institusi pendidikan yang berada di dalam zon merah di daerah Barat Daya, P. Pinang akan ditutup bermula 6 Nov. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 56 sekolah dan institusi pendidikan ditutup mulai 6 Nov
Semua 56 buah sekolah dan institusi pendidikan yang berada di dalam zon merah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang akan ditutup bermula 6 November