awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Peniaga nafi ambil kesempatan, terpaksa jual ayam mahal

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2020
00:38 MYT
PKPB: Peniaga nafi ambil kesempatan, terpaksa jual ayam mahal
Peniaga ayam segar di pasar Awam Bukit Mertajam, Pulau Pinang mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam sehingga RM9.50 sekilogram selepas terpaksa menampung kos yang tinggi. -Gambar fail
Peniaga ayam segar di pasar Awam Bukit Mertajam, Pulau Pinang mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam sehingga RM9.50 sekilogram selepas terpaksa menampung kos yang tinggi.
Menurut peniaga Mohd Hafizi Mat Saad, 39, kenaikan harga ayam berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) Fasa 4 sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna.
Katanya, harga yang diperoleh daripada pembekal meningkat setiap hari menyebabkan pihaknya terpaksa menjual pada harga tinggi bagi mengelak kerugian.
"Orang asyik tanya kenapa harga mahal. Kami terima pun dah mahal, takkan kami nak jual murah.
"Kami bukan jual dalam jumlah yang banyak. Pasar jual 200, saya sendiri 100. Kami terpaksa untung tipis.
"Zaman PKP harga naik ketara. Kami sendiri terkejut. Sebelum ni tak sampai harga ini. Peraih cakap ayam tak ada. Itu alasan yang kami dapat.
"Buat masa sekarang, alasan kami ialah kekurangan bekalan ayam," kata Mohd Hafizi.
Tambah Mohd Hafizi, kebiasaannya ayam dijual pada harga di antara RM7 dan RM7.50, malah dia pernah menjual pada harga RM6.50 sekilogram semasa PKP.
Justeru, pihaknya menangkis dakwaan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga ayam dalam tempoh PKPB ini.
Bagi Nur Hafidzin Jamil pula, peningkatan kos yang mendadak memberi tekanan kepadanya apabila terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk bayaran gaji pekerja.
Malah, mereka kini tersepit selepas hasil jualan merudum sekitar 50 peratus selepas pembeli berkurangan.
Dalam pada itu, rata-rata pembeli turut meminta pihak terlibat membantu dari segi pemantauan harga supaya harga ayam segar terkawal.
Topic Berkaitan
#Ayam
#Bukit Mertajam
#Mohd Hafizi Mat Saad
#naik harga
#Nur Hafidzin Jamil
#pasar
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan