awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Sabah benar pelanggan makan di premis

Bernama
Bernama
10/11/2020
20:23 MYT
PKPB: Sabah benar pelanggan makan di premis
Semua restoran, kedai, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka di Sabah hanya dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah memutuskan supaya semua premis perniagaan makanan di negeri ini dibenarkan beroperasi untuk aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis bermula semalam, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu separuh daripada kapasiti saiz meja melibatkan dua orang bagi meja empat orang; tiga orang bagi meja enam orang serta empat orang bagi meja lapan orang.
"Selain itu penjarakan fizikal perlu dipatuhi dengan pematuhan terhadap SOP sektor makanan berkenaan. Pembelian makanan secara bawa pulang, penghantaran atau pandu lalu juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan dan Minuman," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Masidi berkata semua restoran, kedai, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka hanya dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
"Pasar raya, pusat beli-belah dan 'retail store' juga hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6 pagi hingga 10 malam dan aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti ditetapkan kerajaan dengan pematuhan terhadap SOP," katanya.
BACA: Kerajaan Sabah mohon PKPB seluruh negeri dilanjutkan
BACA: Beri masa untuk lihat hasil strategi KKM sebelum laksana PKPB di seluruh Sabah - Masidi
Pelaksanaan PKPB di Sabah yang sepatutnya tamat 9 Nov, disambung sehingga 6 Dis ini berikutan masih terdapat penularan COVID-19 di negeri berkenaan.
Sabah mencatat 397 kes positif baharu COVID-19 pada semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,189 kes setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPB
#SOP
#COVID-19
#Masidi Manjun
#ekonomi
#kerajaan
#menteri
#kes positif
#Kedai makan
#Premis
#makan
#gerai
#restoran
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan