awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Tempahan berkurang, tukang songkok buatan tangan tidak berputus asa

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
22/05/2020
00:00 MYT
PKPB: Tempahan berkurang, tukang songkok buatan tangan tidak berputus asa
Adnan mengusahakan perniagaan songkok itu hampir empat dekad di sebuah premis di Losong, Kuala Terengganu. - Gambar Astro AWANI/Najmi Mamat
Biarpun tempahan diterima merosot akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, namun tukang songkok terkenal di Terengganu ini tidak mengeluh, sebaliknya terus cekal meneruskan perniagaan tradisi keluarganya itu.
Adnan Husain, 64, yang kerap menerima tempahan daripada orang kenamaan termasuk kerabat diraja sebelum ini, berkata sambutan Aidilfitri yang tidak meriah seperti biasa kali ini, mungkin menyebabkan tidak ramai yang berminat menempah songkok buatan tangannya itu.
Dia yang pernah menghasilkan songkok untuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2002, bagaimanapun mengakui sejak PKP Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, pelanggan sudah mula datang membuat tempahan.
.
Adnan mengusahakan perniaagaan songkok itu di sebuah premis di Losong, Kuala Terengganu - Foto Astro AWANI
"Pelanggan tidak ramai seperti biasa, tapi syukur sudah ada yang kembali membuat tempahan. Sehingga kini saya masih membuka tempahan songkok," katanya yang mewarisi kemahiran membuat songkok daripada bapanya kira-kira 40 tahun lalu.
Adnan yang popular dengan keaslian dan ketelitian hasil sentuhan tangannya yang hanya menggunakan mesin jahit lama itu berkata, sebelum ini dia terpaksa bersengkang mata menyiapkan sekitar 500 buah songkok tradisional setiap kali musim perayaan, malah tempahan sudah diterima sebelum Ramadan lagi.
Songkok dijualnya bermula daripada RM40 dan harganya boleh mencecah ratusan ringgit mengikut saiz dan jenis kain baldu yang digunakan.
Adnan mengusahakan perniagaan songkok itu di sebuah premis di Losong, Kuala Terengganu.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#baju melayu
#Kuala Terengganu
#pandemik
#perniagaan
#PKP
#PKPB
#PKS
#Raya
#songkok adnan
#songkok buatan tangan
#songkok tradisional
#songkok warisan
#syawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan