awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Blok Tahanan dan Kuarters DTI Pekan Nenas ditamatkan hari ini

Fareez Azman
Fareez Azman
04/02/2021
11:03 MYT
PKPD Blok Tahanan dan Kuarters DTI Pekan Nenas ditamatkan hari ini
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penamatan PKPD di kawasan itu sehari lebih awal daripada jadual asal itu selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Pekan Nenas, Pontian, Johor ditamatkan pada Khamis.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penamatan PKPD sehari lebih awal daripada jadual asal itu selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 408 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Walau bagaimanapun, semua kes positif yang dirawat di Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) akan di discaj hari ini (Khamis) dan tiada lagi sampel saringan menunggu keputusan.
"Atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Blok Tahanan dan Kuarters, DTI Pekan Nenas, Pontian, Johor pada hari ini, 4 Februari 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan," katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di Blok Tahanan dan Kuarters, DTI Pekan Nenas bermula 23 Januari lalu dan berakhir 5 Februari ini selepas 177 kes positif direkodkan di kawasan berkenaan.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 04 Feb 2021
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PKP
#ujian saringan
#PKRC
#Imigresen
#kesihatan
#COVID-19
#kes positif
#Blok Tahanan dan Kuarters Depoh Pekan Nenas
#PKPD ditamatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan