awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Bandar Raub Perdana

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2021
09:39 MYT
PKPD di Bandar Raub Perdana
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang berkuat kuasa esok sehingga 25 Februari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang berkuat kuasa esok sehingga 25 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan adalah sama seperti pelaksanaan PKPD sebelum ini.
Setakat kini, katanya, 75 kontak rapat kes positif COVID-19 dikesan di lokaliti itu.
"Sehingga kini, KKM telah mengesan 75 kontak rapat kepada kes positif COVID-19. KKM telah mengambil 40 sampel ujian PCR dan daripada jumlah itu, 75 didapati negatif," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PKP pada Khamis.
Tambahnya, saringan bersasar ke atas baki kontak rapat sedang dilakukan dan maklumat mengenai SOP boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan 575 individu atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, 532 dikompaun, 39 direman dan 4 individu dijamin.
"Antara kesalahan ialah gagal menyediakan peralatan, gagal merekodkan butiran diri dan pelanggan, tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka. Kesalahan rentas negeri/daerah adalah 70 kes.
"Jadi saya harap premis menyediakan peralatan merekod seperti MySejahtera atau sediakan buku," jelasnya.
Op Benteng pula berjaya menahan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas enam buah kenderaan darat.
"126 kapal dan bot dikesan. Ada yang dikesan dan diarah berpatah balik dan keluar dari negara kita," tambahnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#KKM
#Majlis Keselamatan Negara
#Polis Diraja Malaysia
#kes positif
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#keselamatan
#PKP
#PKPD
#COVID-19
#Malaysia
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan