KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah; Plaza Hentian Kajang, Selangor; Putra Point, Nilai dan Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak.
Berikut perincian lanjut mengenai keempat-empat kawasan tersebut:
1) PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober yang kemudian dilanjutkan lagi sehingga 9 November.
• Sehingga kini, berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini.
• Atas nasihat KKM, sidang khas bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu selama 14 hari lagi bermula 10 sehingga 23 November ini.
2) PKPD Plaza Hentian Kajang, Hulu Langat, Selangor
• PKPD di Plaza Hentian Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor bermula sejak 28 Oktober lalu hingga 10 November ini.
• KKM masih meneruskan saringan secara bersasar dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif dikesan di lokaliti ini.
• Sehubungan dengan itu, atas nasihat KKM sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Plaza Hentian Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor selama 14 hari lagi bermula 11 hingga 24 November ini.
3) PKPD Putra Point, Nilai, Negeri Sembilan
• PKPD di Putra Point Nilai bermula sejak 28 Oktober hingga 10 November ini.
• Terdapat dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di Putra Point Nilai yang terlibat iaitu:
• Jalan BBN 1/7A dan BBN 1/7B
• Jalan BBN 1/7E
• KKM masih meneruskan saringan secara bersasar dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif dikesan di 2 lokaliti ini.
• Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan selama 14 hari lagi PKPD di Putra Point Nilai bermula 11 hingga 24 November ini.
4. PKPD Kampung Haji Baki, Kuching
• PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober dan dijadualkan akan berakhir esok, 10 November.
• Sehingga kini, KKM masih menunggu keputusan saringan kedua COVID-19 yang telah dilaksanakan.
• Sehubungan dengan itu, atas nasihat KKM sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Kampung Haji Baki, Kuching bermula 11 sehingga 24 November ini.
• Walaubagaimanapun, jika keputusan saringan kedua COVID- 19 di kawasan ini diperolehi dan didapati tiada kes positif, atas nasihat dan berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, PKPD di kawasan ini boleh ditamatkan lebih awal.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah ditamatkan hari ini (9 November) dan PKPD di Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 di Kuala Langat ditamatkan berkuatkuasa esok (10 November).
Isabelle Leong
Mon Nov 09 2020
Kawasan yang terlibat ialah Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah; Plaza Hentian Kajang, Selangor; Putra Point, Nilai dan Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.