awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Kampung Meruntum, Putatan - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
12/04/2021
11:35 MYT
PKPD di Kampung Meruntum, Putatan - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD itu selepas lima kes positif dikesan di lokaliti tersebut daripada 71 ujian saringan dijalankan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah bermula esok sehingga 26 April depan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD itu selepas lima kes positif dikesan di lokaliti tersebut daripada 71 ujian saringan dijalankan.
"KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes di lokaliti ini serta terdapat 62 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah berkuatkuasa 13 April sehingga 26 April 2021," katanya dalam sidang media harian PKP pada Isnin.
Ujarnya pelaksanaan PKPD itu membolehkan petugas kesihatan melakukan pengesanan awal kes serta mengelakkan penularan COVID-19 di lokaliti itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail turut memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 111 individu atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Ahad.
Daripada jumlah itu, 101 individu dikompaun manakala 10 lagi direman.
Manakala dalam Op Benteng jelas Menteri Kanan Pertahanan itu berjaya menahan 27 Pendatang Tanpa Asing Tanpa Izin (PATI).
"Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 27 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas enam buah kenderaan darat dalam operasi yang dilakukan di seluruh negara.
"Dalam operasi itu juga sebanyak 40 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui dua aktiviti penglihatan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PKP
#PKPD
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#ujian saringan
#petugas kesihatan
#COVID-19
#Kampung Meruntum
#Pututan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan