KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 Nov ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.

"Pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko dan trend penularan jangkitan COVID-19 semasa di lokaliti itu," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook semalam.

Sementara itu, beliau berkata PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis yang bermula 8 Okt lepas ditamatkan hari ini seperti dijadualkan.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD pada Rabu.

-- BERNAMA