awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di SABK Maahad Al-Yahyawiah disambung dua minggu lagi

Bernama
Bernama
22/11/2020
22:14 MYT
PKPD di SABK Maahad Al-Yahyawiah disambung dua minggu lagi
SABK Maahad Al-Yahyawiah di Padang Rengas ditutup mulai 8 Nov berikutan arahan PKPD. --fotoBERNAMA/Fail
KUALA KANGSAR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas yang tamat pada Sabtu dilanjutkan dua minggu lagi, berkuat kuasa semalam sehingga 5 Dis depan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata surat penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk PKPD di premis itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.
"Penugasan polis di kawasan PKPD itu berjalan macam biasa dengan mengekalkan dua sekatan jalan raya di laluan masuk dan keluar sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 7 Nov lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD selama dua minggu di sekolah itu bermula pada 8 sehingga 21 Nov selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 27 kes positif wabak COVID-19 setakat 5 Nov.
Setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 55 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Perak dengan menjadikan kes semasa bagi tempoh 9 hingga 22 Nov sebanyak 508 kes.
BACA: Kerajaan laksana PKPD di Maahad al-Yahyawiyyah di Kuala Kangsar
-- BERNAMA
Perak, COVID-19, PKPD, Sabk Maahad Yahyawiah
Topic Berkaitan
#SOP
#Noor Hisham Abdullah
#sekolah
#Kementerian Kesihatan
#PKPD
#COVID-19
#kerajaan
#kesihatan
#keselamatan
#polis
#Kuala Kangsar
#SABK Maahad Al-Yahyawiyah
#Padang Rengas
#lanjutan PKPD
#ismail sabri yaakob
#kes positif
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan