awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Sarawak tamat esok - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/03/2021
10:30 MYT
PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Sarawak tamat esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD pada 2 Mac 2021, seperti yang dijadualkan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti akan ditamatkan esok seperti dijadualkan sebelum ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, lokaliti terbabit ialah Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya di Melaka Tengah; Kampung Sungai Maong, Kuching dan Taman Univista, Kota Samarahan.
"KKM mengesahkan baki kes aktif di Penjara Sg. Udang menunjukkan trend penurunan serta tiada lagi penularan kes dalam kalangan tahanan dan kakitangan.
"Di Kampung Sg. Maong, KKM mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari 2021 dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
"Begitu juga di Taman Univista, baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 23 Februari 2021 iaitu sebanyak 4 kes positif.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD pada 2 Mac 2021, seperti yang dijadualkan," katanya dalam kenyataan media harian, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#kes positif
#Penjara Sg Udang
#Kampung Sg Maong
#Taman Univista
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan